Apa yang beza saya kata kalau tak letak bahan ni? Bahan apa? Suspen sahaja kan. Jawapannya ialah hanya letak daun sup sahaja. Eleh... Daun sup je?? Memang nampak simple tetapi bahan memberi rasa yang ketara dalam sup ikan kita nanti.
Saya kongsikan resepi sup ikan. Selalunya nak buat sup ikan ni, kita boleh guna ikan merah atau ikan tenggiri. Selalunya ikan yang besar. Nanti dah masak nanti ikan ni rasa manis-manis sikit.
Bahan-bahan:
Sekeping ikan merah atau ikan tenggiri sederhana besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
lada hitam
Kayu manis (ambil sedikit sahaja jangan besar sangat)
2 biji pelaga,
1 bunga lawang (yang paling kecil)
Sedikit daun sup
Caranya, tumis dahulu bahan hirisan (bawang merah, bawang putih, halia) bersama dengan tiga sekawan sehingga wangi. Masukkan air (jangan terlalu banyak air) dan biarkan sehingga menggelegak. Bolehlah masukkan ikan, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Tunggu hingga ikan masak. Cuba rasa sup yang dah siap sebelum masuk daun sup. Sebab nak tahu perbezaan nanti dah masuk daun sup.
Sebelum masuk daun sup, tutup api dahulu. Taburlah daun sup. Selepas masuk daun sup boleh lah hidangkan. Kenapa Mama Zeete kata ada perbezaan? Ini kerana daun sup ini menutup bau hanyir sup ikan. Aroma istimewa yang terkandung dalam daun sup membuatkan sup ikan menjadi lebih sedap.
Sup ikan ni sesuai di makan dengan nasi atau bubur nasi. Bayi atas 8 bulan ke atas pun sesuai. Pastikan tidak letak garam. Sebab bayi tak perlukan garam berlebihan lagi.
No comments:
Post a Comment