Sunday, 24 January 2016

Baby Newborn Tak Boleh Makan... Big No.. No...

Perut bayi yang baru lahir tersangat-sangatlah kecil. Kita tidak boleh bandingkan perut budak umur 1 tahun dengan bayi umur 1 hari. Perut bayi tidak begitu matang untuk terima makanan pepejal malahan makanan yang berbentuk cecair pun tidak boleh. Apabila tidak cukup matang maka perut bayi baru lahir tidak mampu untuk mencerna makanan.

Jadi para ibu-ibu sila ambil perhatian, selalunya pada permerhatian dan pengalaman saya ada juga yang beri yang bayi belum perlukan lagi. Ini termasuklah:

1. Air Masak
Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya tidak perlu air masak sebab susu ibu itu sendiri sudah mempunyai 88% air. Sudah memenuhi keperluan bayi itu sendiri. Ibu tidak perlu risau kalau-kalau bayi dahaga atau tidak sewaktu cuaca panas. Ini kerana badan ibu itu sendiri akan mengubahsuai kandungan susu ibu mengikut persekitaran. Semakin panas cuaca sekitar semakin cair susu ibu dan itu berlaku sebaliknya jika cuaca sejuk.
Bayi yang minum susu formula terkecuali dan perlu minum air masak.

2. Madu
Madu mengandungi kandungan spora-spora dan bakteria Clostridium botulinum yang berbahaya kepada perut bayi yang belum matang. Walaupun dimasak dengan suhu yang tinggi spora tidak akan mati.Toksin akan terhasil daripada mikroorganisma ini dalam perut bayi yang akan menyebabkan botulism.  

3. Air Nasi
Orang-orang dulu selalu amalkan beri air nasi. Katanya bayi selalu menangis itu sebab lapar. Tidak betul ye. Sekarang kita sebagai ada ilmu ni perlu beri tahu kepada mereka. Supaya apa yang tidak betul tidak diulangi. Bayi hanya perlukan susu sahaja.

4. Nestum
Sebaik-baiknya nestum dan makanan pepejal mahupun cecair yang lain diberi selepas bayi 6 bulan dan ke atas. Kasihan bayi perut yang belum matang perlu mencerna makanan yang belum mampu dicernakan. Selalunya makanan yang tidak dapat dicerna ni akan menyebabkan bayi sembelit. Najis menjadi keras. Jadi sewaktu membuang air besar pun akan menyebabkan kesakitan.

5. Air gula
Seperti yang kita tahu gula boleh memudaratkan kesihatan. Walaupun gula memberi tenaga, gula bukan makanan yang boleh mengeyangkan bayi.

No comments:

Post a Comment